-->
  • KEMULIAAN ORANG YANG SUKA BERSHOLAWAT KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD

    KEMULIAAN ORANG YANG SUKA BERSHOLAWAT KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD ﷺ

    ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

    Guru Mulia kita Al-Allamah Al-Arifbillah AL HABIB UMAR BIN SALIM BIN HAFIDZ memberi Nasehat tentang begitu Mulianya Orang yang senantiasa bersholawat :

    Sesungguhnya ALLOH mempunyai 360 pandangan untuk diberikan. Kalau saya seorang hamba mendapatkan satu pandangan daripada ALLOH maka tidak akan celakalah selama-lamanya.

    Dan malam Jum'at merupakan waktu pandangann daripada ALLOH. Umat-umat sebelum kita tidak mendapat petunjuk akan kemuliaan hari Jum’at. Dan dikhususkan untuk kita perbanyakkan bersholawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ pada hari Jum’at.

    Baginda Rasululloh ﷺ bersabda,  Sesungguhnya hari yang paling baik kepada kamu adalah hari Jum’at maka perbanyakkan bersholawat kepadaku. Sesungguhnya sholawat kamu akan sampai kepadaku walau dimana kamu berada.

    Wahai kamu semua yang mengharapkan pandangan daripada ALLOH, bersholawat lah kepada Rasululloh ﷺ. Tidak mungkin pandangan ALLOH tidak sampai kepada kamu kalau kamu bersholawat kepada Rasululloh ﷺ.

    Kamu di sini sudah dibasahi dengan sholawat. Sesungguhnya sholawat adalah ikatan dan sambungan dengan Rasulullah ﷺ. Buah dan hasil sholawat itu sabda Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan Imam Tarmidzi dan perawi yang lain, sesungguhnya orang yang paling hampir denganku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak bersholawat kepadaku.

    Tahukah kamu betapa hebatmya kedudukan itu? Tahukah kamu alangkah hebatnya anugerah itu? Orang yang paling dekat dengan Baginda Rasululloh ﷺ di hari kiamat adalah orang yang paling banyak bersholawat kepadanya.

    Sabdanya yang lain, barangsiapa yang bersholawat kepada Rasululloh ﷺ sekali maka ALLOH akan berselawat kepadanya 10 kali. Ini adalah merupakan bekalan kepada kaum mukminin sama ada dilakukan secara berjemaah atau sendirian, sama ada senyap-senyap ataupun terang-terangan.

    Tidak berkumpul satu kaum di satu perkumpulan lalu tidak berzikir dan bersholawat kepada Baginda Rasululloh ﷺ melainkan mereka bersurai dalam keadaan rugi besar.

    Orang yang membaca surah Al-Kahfi pada malam jumaat atau hari Jum’at, ALLOH akan berikannya cahaya sampai cahaya itu ke baitul atiq, cahaya itu memanjang sampai ke Jum’at yang akan datang.

    Barangsiapa yang baca surah Ad-Dukhan pada malam Jum'at maka pada malam itu dia akan diampunkan oleh ALLOH.

    Di dalam hadisnya yang lain, barangsiapa yang bersholawat kepada Rasululloh ﷺ selepas asar sebanyak 80 kali maka ALLOH SWT akan mengampunkan dosanya selama 80 tahun.

    Dan barangsiapa yang bersuci atau mandi daripada rumahnya untuk menghadiri sholat Jum'at lalu dia mendengarkan khutbah Jum’at  dan tidak mengganggu sesiapa yang mau sholat Jum’at maka dia akan diampunkan oleh ALLOH SWT sehingga Jum’at yang akan datang ditambah lagi 3 hari.

    Adakah kamu melihat dan mendengar fadilat-fadilat tadi?

    Wahai umat Nabi Muhammad ﷺ tidakkah apa yang kamu telah didengarkan dengan anugerah-anugerah yang besar tadi?

    Sehingga dikatakan bahawasanya para malaikat itu apabila melihat umat-umat sebelum Nabi Muhammad ﷺ diselamatkan oleh ALLOH daripada API NERAKA dan mereka mengatakan Alhamdulillah tapi malaikat tidak merasa takjub.

    Tetapi yang mereka takjub apabila kalau ada umat Nabi Muhammad ﷺ yang TIDAK selamat daripada API NERAKA. Malaikat merasa takjub bagaimana dia TIDAK selamat sedangkan dia UMAT Baginda Nabi Muhammad ﷺ.
    ....
  • You might also like

    No comments:

Populer Tahun ini

Populer Minggu ini

Populer Bulan ini

Video Terpopuler

Artikel Pilihan

Renungan Penyejuk Jiwa

Renungan Penyejuk Jiwa
Birda Bimbel

Iklan

Notification

Iklan

Iklan

Iklan

Iklan

Iklan

Iklan

Iklan